AMK Sabah Sokong Muhammad Kamil Sebagai Ketua AMK Pusat

Screenshot-2025-03-07-010805.png

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyatakan sokongan penuh kepada Timbalan Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim, untuk diangkat sebagai Ketua AMK Pusat dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini.

Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil, berkata sokongan itu berdasarkan pengalaman luas Muhammad Kamil dalam kepimpinan parti serta kerjasama eratnya dengan Ketua AMK Pusat, Adam Adli Abd Halim, yang berjaya mengembalikan keyakinan anak muda terhadap perjuangan PKR.

Pengalaman dan Kepimpinan Muhammad Kamil Jadi Sandaran

Menurut Zaidi, peranan Muhammad Kamil sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan memberikan kelebihan besar dalam membawa AMK ke tahap yang lebih tinggi.

“Walaupun terdapat calon lain dalam pimpinan AMK Pusat, setakat ini saya tidak menemui seseorang yang mampu menyampaikan pandangan dan idea dengan jelas serta mempunyai pengaruh mendalam dalam kalangan anak muda, sama ada dalam parti mahupun di luar.

“Lagipun, ini merupakan penggal terakhir beliau dalam AMK Pusat, sudah sewajarnya kita memberi peluang kepada beliau untuk menerajui AMK Pusat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pemimpin Muda Berwibawa dan Komited

Ketua AMK Cabang Kota Marudu itu turut menyifatkan Muhammad Kamil sebagai pemimpin muda yang berwibawa, berprinsip, dan komited dalam memperjuangkan agenda reformasi serta memperkasakan anak muda di seluruh negara.

“Kepimpinan dan visinya diyakini mampu membawa AMK ke tahap yang lebih dinamik serta memastikan perjuangan hak rakyat, terutamanya generasi muda, terus relevan.

“Sebagai Timbalan Ketua AMK Pusat, beliau telah turun ke Sabah tidak kurang daripada lapan kali, membuktikan komitmen dan keprihatinannya terhadap AMK Sabah,” katanya.

Artikel ini dipetik dan diolah dari Sinar Harian.

 

Baca juga  Hendrus Anding Tampil Calon Naib Presiden KDCA: Mohon Sokongan Demi Legasi KDMR

Share this post

**PENAFIAN MY MARUDU** My Marudu mengamalkan dan menjunjung prinsip kebebasan bersuara selagi hak tersebut digunakan secara bertanggungjawab dan tidak disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan, serta Undang-Undang Negeri dan Negara. Sebarang komen, pendapat, dan pandangan yang dikemukakan oleh pembaca, penulis, atau pihak ketiga di dalam portal ini adalah pandangan peribadi mereka dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi My Marudu. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketidaktepatan, atau salah tafsir yang mungkin timbul daripada kandungan yang dikongsi oleh pihak luar. My Marudu berusaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih, namun kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau implikasi yang timbul akibat penggunaan maklumat daripada portal ini. Para pembaca dinasihatkan untuk membuat penilaian dan rujukan tambahan sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan kandungan yang diterbitkan. Sebarang aduan atau maklumat yang ingin disampaikan boleh dikemukakan kepada pihak pengurusan My Marudu melalui saluran rasmi kami untuk sebarang tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top