Dalam menghadapi gelombang perubahan politik negeri, suara anak muda semakin menjadi faktor penentu. Itulah antara intipati perbincangan hangat yang berlaku ketika Alfie Mohd Khanafi berkesempatan mengunjungi Restoran Pak Mus milik Musli Oli, tokoh penganalisis politik tersohor yang cukup dikenali di Sabah dan tanah air.
Musli Oli bukan nama asing dalam dunia penganalisisan politik Malaysia. Dengan lebih 30 judul buku hasil penulisan beliau yang banyak mengupas keadaan dan dinamika politik khususnya di Sabah, pertemuan ini membuka ruang eksklusif untuk mendalami pandangan beliau terhadap dua perkara besar yang sedang dinanti ramai:
- Pemilihan Cabang Parti Keadilan yang dijadual berlangsung antara 11 hingga 20 April 2025
- Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang bakal diadakan dalam masa terdekat
Menurut Musli Oli, kecenderungan politik golongan muda akan memainkan peranan penting dalam menentukan landskap baharu politik negeri. Mereka bukan sahaja membawa semangat baharu, tetapi turut mencabar naratif lama yang selama ini membentuk arah politik Sabah.
Di hujung pertemuan, beliau turut menghadiahkan sebuah naskah bertajuk “Politik Federalisme: Parti Nasional atau Parti Tempatan?” — satu karya penuh gagasan dan analisis mendalam, yang dilihat sangat relevan dalam konteks masa kini.
Naskah tersebut bukan sekadar bahan bacaan ilmiah, tetapi juga panggilan untuk generasi muda agar lebih cakna, lebih celik dan lebih aktif dalam menentukan masa depan negeri.
Anak muda, inilah masa anda untuk bangkit dan bersuara.
Artikel ini dipetik dan diolah daripada hantaran Facebook oleh Alfie Mohd Khanafi.