KOTA MARUDU – Seramai 127 penduduk terjejas akibat banjir di Kampung Pancur, Kota Marudu telah dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Transit (PPT) awal pagi ini, susulan hujan lebat berterusan sejak pagi Selasa.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengambil tindakan segera untuk memantau kenaikan paras air sebelum memindahkan mangsa ke tempat selamat.
Dua Pusat Pemindahan Dibuka, 127 Mangsa Dipindahkan
JPBD Kota Marudu dalam kenyataan rasmi menyatakan bahawa dua PPT telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa banjir:
- PPT Sekolah Kebangsaan (SK) Ranau – Menempatkan 8 orang mangsa daripada 2 Ketua Isi Rumah (KIR).
- PPT Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan – Menempatkan 119 orang mangsa daripada 35 KIR.
Keputusan membuka pusat pemindahan dibuat berdasarkan persetujuan ahli JPBD dan atas perkenan Pengerusi JPBD Kota Marudu selepas melihat keadaan cuaca yang semakin buruk.
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka melanda beberapa bahagian di Sabah sehingga Jumaat ini. Penduduk di kawasan rendah dinasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dan mengikuti perkembangan cuaca semasa.
Artikel ini dipetik dan diolah dari Sabah Media.
banjir Sabah, Kota Marudu, hujan berterusan, pemindahan mangsa, Pusat Pemindahan Transit, JPBD, APM, amaran cuaca, MetMalaysia, bencana alam