Gosip percintaan antara penyanyi dan pelakon Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini bukan lagi sekadar bualan rakyat Malaysia – malah sudah menembusi media antarabangsa di Korea Selatan!
Portal hiburan terkenal, Koreaboo, baru-baru ini melaporkan hubungan mesra pasangan ini dalam sebuah artikel bertajuk “Divorced actress’s rumored new boyfriend swims across the sea for her” (Teman lelaki baharu pelakon bercerai dikhabarkan berenang menyeberangi lautan untuknya).
“Berenang Merentasi Laut Demi Bella” – Koreaboo Tertarik dengan Momen Romantis
Salah satu perkara yang menarik perhatian media Korea ialah video aksi berani Syed Saddiq terjun ke laut dan berenang ke arah Bella yang menantinya di Semporna, Sabah.
Portal tersebut turut mengimbas latar belakang Bella Astillah, termasuk kontroversi perceraian dengan bekas suaminya, Aliff Aziz.
Bukan hanya Bella, artikel berkenaan juga menyentuh tentang kerjaya politik Syed Saddiq, serta kes mahkamah yang dihadapinya berhubung pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Armada.
“Romeo & Juliet Versi Malaysia?” – Ibu Syed Saddiq Turut Beri Komen
Koreaboo turut menyelitkan kenyataan ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, yang mengibaratkan kisah cinta anaknya seperti Romeo dan Juliet.
Netizen Teruja – “BASS Sampai Korea, Memang Lain Macam!”
Di ruangan komen, peminat teruja melihat pasangan kegemaran mereka yang digelar BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq) mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
- “Sudah sampai ke Korea BASS kita. Lipat sahajalah bumi ini!”
- “Lain macam dan kuat sungguh aura BASS. Semoga gosip cinta mereka berakhir ke jenjang pelamin.”
- “BASS mendunia! Memang dahsyat betul penangan mereka, sampai ke Korea.”
Bella & Syed Saddiq – Semakin Rapat, Semakin Hangat
Sejak kebelakangan ini, hubungan mesra Bella dan Syed Saddiq semakin menjadi perhatian, lebih-lebih lagi selepas mereka dilantik sebagai duta jenama pakaian yang sama.
Malah, kedua-duanya banyak meluangkan masa bersama, termasuk berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.
Dengan populariti mereka yang semakin mencanak, adakah kisah cinta Bella dan Syed Saddiq akan terus menghangatkan dunia hiburan dan politik? Sama-sama kita nantikan!
Artikel ini dipetik dan diolah dari HibGlam.