SINGAPURA, Mac 2025 – Produk mentega keluaran Farm Fresh, jenama tenusu tempatan Malaysia, terus mencuri perhatian apabila menerima pujian daripada Chef Gero DiMaria, chef dan pemilik restoran Itali halal terkenal, Kucina Italian Restaurant di Singapura.
Dalam satu video ulasan yang tular, Chef Gero — atau lebih dikenali sebagai Chef G — menjalankan tiga ujian khas bagi menguji kualiti mentega Farm Fresh versi salted yang baru beliau beli ketika berkunjung ke Johor Bahru.
“Ini yang anda nantikan selama ini,” kata Chef G membuka ulasannya yang dinanti ramai.
Tiga Ujian Penting Mentega Farm Fresh
- Melt Test
Chef G mencairkan mentega di atas periuk untuk melihat reaksi semasa dipanaskan. Hasilnya, mentega berkrim dan berbuih halus tanpa mengeluarkan percikan air, satu ciri penting dalam mentega berkualiti. - Ujian Rasa
Chef memuji rasa mentega yang ringan, tidak terlalu masam seperti mentega kultur lain.
“Teksturnya sangat halus, ringan di mulut. Rasa masinnya, sangat sederhana,” katanya.
- Ujian pada Roti
Ujian terakhir ialah menikmati mentega secara terus di atas roti.
“Rasa masinnya terasa sedikit lebih kuat… Ia lulus ujian saya. Memang bagus,” tambah beliau.
Netizen Teruja, Risau Mentega Akan ‘Sold Out’
Perkongsian video tersebut mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya berbangga dengan pencapaian produk tempatan. Ramai juga meluahkan kebimbangan mentega ini bakal sukar didapati selepas menerima pengiktirafan dari chef antarabangsa.
Mentega Tempatan Bertaraf Antarabangsa
Farm Fresh sebelum ini melancarkan mentega dalam dua variasi – Salted dan Unsalted, dijual pada harga bermula RM10.90 untuk 200 gram. Ia turut mendapat pengesahan Halal JAKIM, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna Muslim.
Pujian dari Chef G bukan sekadar promosi – ia merupakan pengiktirafan terhadap mutu produk tempatan yang mampu bersaing di pasaran global.
Artikel ini dipetik dan diolah dari: The Vocket