Kota Marudu, 7 Mac 2025 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah mengadakan Majlis Iftar Jamaie bertempat di Perkarangan Astaka IPD Kota Marudu sempena bulan Ramadan. Majlis ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara pegawai kanan Polis, pegawai rendah Polis, pegawai awam, serta ahli keluarga IPD Kota Marudu.
Bulan Ramadan merupakan bulan anugerah agung yang menjadi kesempatan bagi umat Islam menambah amal dan meningkatkan ketakwaan. Dalam majlis ini, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Simiun Bin Lomudin, turut berkesempatan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada tujuh saudara baru (mualaf) dan lima orang daripada golongan kebajikan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua bahagian, Ketua Polis Balai, pegawai rendah Polis, pegawai awam, serta ahli-ahli PERKEP yang sama-sama memeriahkan acara.
Usaha ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara warga IPD Kota Marudu, tetapi juga menunjukkan keprihatinan pihak Polis dalam mendekati masyarakat setempat.
Artikel ini dipetik dan diolah dari sumber asal.