KOTA KINABALU, 12 September 2025 – Seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun yang dilaporkan hilang selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang semalam, ditemukan maut pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan mangsa pada jam 10.35 pagi di tingkat bawah rumahnya yang tertimbus lumpur.
“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 10.45 pagi sebelum dibawa menggunakan pengusung sejauh 750 meter ke kawasan selamat dengan bantuan anggota bomba, polis dan penduduk kampung,” menurut JBPM.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sekitar jam 11.30 pagi.
Kesukaran Operasi Menyelamat
Insiden tanah runtuh yang berlaku semalam mengakibatkan dua orang tertimbus. Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung, namun mangsa lelaki warga emas tersebut gagal keluar dari runtuhan.
Pasukan penyelamat berdepan cabaran besar untuk sampai ke lokasi kerana akses jalan terputus akibat banjir dan tanah runtuh, memaksa mereka berjalan sejauh tiga kilometer untuk tiba di lokasi kejadian.
Sumber










