Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas jemputan ke Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara.
Majlis yang berlangsung penuh kemuliaan itu turut menyaksikan Seri Paduka Baginda menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah bersama para tetamu jemputan. Solat tersebut telah diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Dalam suasana penuh keberkatan, majlis berbuka puasa ini mencerminkan keharmonian dan kebersamaan antara pemimpin serta rakyat dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia.
Daulat Tuanku!
Artikel ini dipetik dan diolah dari sumber asal.