KOTA KINABALU, April 2025 – Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan menganjurkan satu Seminar Kejurulatihan Bolasepak berbentuk “Refresher Course” pada 12 hingga 13 April 2025, bertempat di ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Program ini memberi peluang kepada jurulatih berlesen untuk menyegarkan semula ilmu teori dan praktikal dalam bidang kejurulatihan bola sepak, selaras dengan perkembangan semasa sukan ini di peringkat negeri dan kebangsaan.
Menurut SAFA, antara syarat penyertaan adalah:
- Calon mesti memiliki lesen kejurulatihan yang sah.
- Calon perlu berada dalam keadaan sihat untuk mengikuti kedua-dua sesi teori dan praktikal sepanjang program berlangsung.
Seminar ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mengemaskini ilmu teknikal, malah merupakan platform penting untuk jaringan profesional dalam komuniti jurulatih bola sepak negeri Sabah.
Jurulatih yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian melalui borang rasmi di pautan berikut:
👉 https://forms.gle/KYVLfBjrQQi8hJMM6
Artikel ini dipetik dan diolah dari: Persatuan Bola Sepak Sabah – Facebook