PETALING JAYA – Bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding dalam pemilihan parti yang akan datang.
“Saya belum membuat keputusan lagi. Jika saya buat keputusan, saya akan mengadakan sidang media,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Pada September tahun lalu, Saifuddin menyerahkan jawatan Setiausaha Agung PKR kepada bekas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, selepas memegang jawatan itu sejak 2010 sebelum dilantik semula pada 2022.
Namun, beliau masih memegang beberapa peranan penting dalam politik, termasuk sebagai Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), ahli Biro Politik PKR, dan anggota Majlis Kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
Dalam pemilihan PKR yang lalu, Saifuddin bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR menentang Rafizi Ramli, namun tewas dengan perbezaan lebih 19,000 undi.
PKR dijangka mengadakan pemilihan kepimpinan di peringkat cabang pada April, manakala pemilihan jawatankuasa pusat pada Mei.
Artikel ini dipetik dan diolah dari Free Malaysia Today.