Zaidi Jatil Umum Barisan Calon Penyatuan Keadilan Cabang Kota Marudu, Gabungan Pemimpin Lama & Baru

my-marudu-my-Screenshot-2025-03-23-051351.png

KOTA MARUDU, 2 April – Dalam semangat “Penyatuan Keadilan”, calon Ketua Cabang PKR Kota Marudu, Zaidi Jatil, telah mengumumkan senarai penuh calon-calon yang akan bertanding bagi jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Marudu.

Gabungan ini menampilkan tokoh berpengalaman dan generasi baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk aktivis masyarakat, pesara pegawai kerajaan, ahli perniagaan, agamawan serta pemimpin akar umbi.

Zaidi yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah dan seorang tokoh muda yang dikenali dalam pentas politik negeri, meletakkan misi utama mereka sebagai mengukuhkan struktur dan urus tadbir parti secara lebih inklusif dan profesional.

Berikut adalah senarai utama calon dari kumpulan Penyatuan Keadilan:

Calon Kepimpinan Cabang:

  • Zaidi Jatil – Calon Ketua Cabang (01)
  • Dato’ George Rumunsai – Calon Timbalan Ketua Cabang (02)
  • Encik Alfie Mohd Khanafi – Calon Naib Ketua 1 Cabang (01)

15 Calon Ahli Jawatankuasa Cabang:

  1. Syarif Ghazali (02)
  2. Kellyjua Jualin (03)
  3. Julius Mabaris (04)
  4. Martin @ Moritin Jalidin (05)
  5. Datu Sainuddin Datu Hussin (06)
  6. Mosiang Antarak (07)
  7. Abd Rahim b Sakmad (09)
  8. Kenny Leus (10)
  9. Abd Rahman Majinin (13)
  10. Japrin Shane Kevin (16)
  11. Kamal Majinin (19)
  12. Joting Songiri (21)
  13. Mohd Syukri Tial Abdullah (23)
  14. Masran Takun (34)
  15. Marmoh Kasman (37)

Zaidi turut menyeru seluruh anggota PKR Cabang Kota Marudu agar memberikan sokongan padu kepada barisan ini, yang katanya mampu membawa pendekatan politik segar yang lebih inklusif, merentas kaum dan agama.

“Kami membariskan tokoh-tokoh pemimpin baru dan lama bagi mengimbangkan sistem urus tadbir yang lebih cemerlang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menegaskan bahawa mereka akan terus bekerja untuk rakyat dan membawa suara komuniti akar umbi ke peringkat nasional.

Baca juga  Persaingan Sengit Ketua Cabang PKR Kota Marudu! Zaidi Jatil Tekankan Politik Berteraskan Idealisme!

Artikel ini dipetik dan diolah dari perkongsian asal Zaidi Jatil di Facebook:
https://www.facebook.com/zaidi.jatil/posts/pfbid0rFVWx192JZHZzTPSYM8Wvn221SMjbf6wVr75RK3bnMik8yPDFhErkMwBUFTkjxMWl


Share this post

**PENAFIAN MY MARUDU** My Marudu mengamalkan dan menjunjung prinsip kebebasan bersuara selagi hak tersebut digunakan secara bertanggungjawab dan tidak disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan, serta Undang-Undang Negeri dan Negara. Sebarang komen, pendapat, dan pandangan yang dikemukakan oleh pembaca, penulis, atau pihak ketiga di dalam portal ini adalah pandangan peribadi mereka dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi My Marudu. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketidaktepatan, atau salah tafsir yang mungkin timbul daripada kandungan yang dikongsi oleh pihak luar. My Marudu berusaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih, namun kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau implikasi yang timbul akibat penggunaan maklumat daripada portal ini. Para pembaca dinasihatkan untuk membuat penilaian dan rujukan tambahan sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan kandungan yang diterbitkan. Sebarang aduan atau maklumat yang ingin disampaikan boleh dikemukakan kepada pihak pengurusan My Marudu melalui saluran rasmi kami untuk sebarang tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top