Zara Qairina Dituduh Mencuri Sehari Sebelum Tragedi, Saksi Dedah di Mahkamah

my-marudu-my-Screenshot-2025-09-12-134037.png

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner diberitahu bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pelajar tingkatan satu yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang pada 16 Julai lalu, pernah dituduh mencuri wang sehari sebelum kejadian.

Saksi keenam, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan asrama, mendedahkan perkara itu ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan hari ini.

Menurut Linah, pada 15 Julai sekitar waktu rondaan, beliau didatangi seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai A yang mengadu kehilangan wang tunai sebanyak RM300 bersama kad banknya.

“Tetapi pelajar itu tidak menyatakan siapa yang mencuri,” kata Linah ketika menjawab soalan mahkamah.

Bagaimanapun, selepas tragedi Zara, Linah mendakwa terdengar seorang pelajar lain memaklumkan kepada seorang guru ustaz bahawa Zara telah dituduh mencuri wang tersebut.

Keterangan ini menambah episod baharu dalam prosiding inkues yang sedang berlangsung bagi merungkai punca sebenar kematian Zara Qairina, yang sehingga kini masih menimbulkan tanda tanya dan mendapat perhatian meluas daripada masyarakat.


Sumber:


 

Baca juga  Poster Tarikh Penting PRN Sabah ke-17 Tular, SPR Sahkan Palsu

Share this post

**PENAFIAN MY MARUDU** My Marudu mengamalkan dan menjunjung prinsip kebebasan bersuara selagi hak tersebut digunakan secara bertanggungjawab dan tidak disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan, serta Undang-Undang Negeri dan Negara. Sebarang komen, pendapat, dan pandangan yang dikemukakan oleh pembaca, penulis, atau pihak ketiga di dalam portal ini adalah pandangan peribadi mereka dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi My Marudu. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketidaktepatan, atau salah tafsir yang mungkin timbul daripada kandungan yang dikongsi oleh pihak luar. My Marudu berusaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih, namun kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau implikasi yang timbul akibat penggunaan maklumat daripada portal ini. Para pembaca dinasihatkan untuk membuat penilaian dan rujukan tambahan sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan kandungan yang diterbitkan. Sebarang aduan atau maklumat yang ingin disampaikan boleh dikemukakan kepada pihak pengurusan My Marudu melalui saluran rasmi kami untuk sebarang tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top